T-Rex Dreamland merupakan salah satu tempat menarik di Kota Marudu yang boleh anda kunjungi dengan membawa bersama keluarga terutamanya buat kanak-kanak yang sudah pasti menggembirakan mereka bila dapat melihat beberapa replika dinosour yang ada di sini. Tempat ini terletak lebih kurang 31 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Marudu.
T-Rex Dreamland merupakan sebuah tempat menarik di Kota Marudu yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda luangkan masa bersama keluarga atau pun rakan-rakan datang ke sini melihat ada beberapa jenis replika dinosour yang baru sahaja dibuka untuk kunjungan orang ramai iaitu pada 12 Disember 2022 namun untuk penduduk yang tinggal berhampiran Marak Parak tempat ni telah dibuka untuk mereka 2 hari lebih awal iaitu pada 10 Disember 2022. Tempat ini terletak di daerah kecil Kota Marudu iaitu jaraknya lebih kurang 31 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu, bagi anda yang datang dari Kota Kinabalu pula memang agak jauh sikit sebab ia akan memakan masa selama lebih kurang 2 jam 36 minit iaitu dengan jarak perjalanan sejauh 150.9 km bila menaiki kenderaan sendiri. Bagi anda yang ingin mencari tempat untuk membawa keluarga bersiar ketika hujung minggu bolehlah luangkan masa untuk datang ke sini terutama sekali jika ada membawa anak-anak yang sudah pasti akan dapat menggembirakan mereka apabila dapat melihat pelbagai jenis dinosour yang ada di tempat ini. Sebelum ini ramai penduduk tempatan negeri ni yang belum tahu akan wujudnya tempat menarik T-Rex Dreamland, namun kini boleh dilihat ianya semakin dikenali dan sudah ramai yang datang dari segenap daerah di Sabah terutama sekali ketika cuti hujung minggu atau musim cuti sekolah untuk memudahkan mereka membawa anak-anak bersama ke sini. Jadi jangan lupa untuk singgah di tempat ini walaupun sekejap sahaja bila anda datang berkunjung atau cuti ke daerah Kudat khususnya ke Kota Marudu.


